Posted on

Al qur’an Sebagai Obat Hati

Al Qur’an sebagai Pengobat Dan Penawar hati, Keutamaan membaca Al Qur’an  Allah s.w.t. berfirman :

Artinya : Dan Kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi obat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman. (Q.S. Al-Isra, ayat 82)

Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Masud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau,  hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.Pertama, tempat orang membaca Al-Quran dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Quran itu dengan baik dan tartil.

Kedua, agar mendatangi majlis talim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.

Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Quran dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah.

Maka benarlah bahawa obat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Quran dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Sumber : FB Muslim Galeri

Please follow and like us:
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *